Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Wednesday, April 1, 2009
Friday, March 20, 2009
MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS KAWASAN KALI KE-15
SMU(A) Taqaddum Maarif, Pasir Tumbuh
Sabtu, 14 March 2009
Wallahua'lam
Sabtu, 14 March 2009
“Marilah kita renungkan, saat-saat tragis kejatuhan zaman keagungan islam dengan berakhirnya pemerintahan Kerajaan Uthmaniah. Adalah menjadi tanggungjawab kita berjuang ke titisan darah terakhir bagi memastikan islam kan terus bersinar”
Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Kbg Kerian telah melabuhkan tirainya. Beberapa kejutan telah berlaku, termasuklah kemunculan beberapa muka baru yang mendapat perhatian para perwakilan.
Majlis perasmian telah bermula dengan sesi tazkirah ringkas oleh KP Pasir Tumbuh, Ust Abd Fattah yang meminta para perwakilan & pemerhati menghayati sirah perjuangan nabi SAW. Seterusnya diikuti pula dengan nyanyian lagu rasmi PAS dan alunan merdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh Bilal Masjid Sultan Ismail Petra, Kbg Kerian yang juga merupakan bekas peserta Akademi Al Quran (AQ) Sdra Khairul Azwa.
Mesyuarat yang diadakan setahun sekali itu mempunyai bebarapa agenda untuk diketengahkan antaranya, mengesah dan menerima peringatan mesyuarat sesi lepas, membentang dan menerima penyata kewangan tahun lepas, memilih perwakilan ke mesyuarat agung PAS kawasan dan muktamar pemuda negeri, memilih jawatankuasa kerja 2009-2011 dan membahaskan usul-usul daripada ahli.
Ketua DP2K3, Cikgu Mohd Nuri dalam ucapan aluannya telah mengejutkan semua dengan hasratnya menarik diri dari mempertahankan jawatannya. Beliau juga mengumumkan Timb Ketua, Ust Zulkifli Husin menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda. Rakaman terima kasih dan kemaafan juga beliau utarakan sekiranya semasa menerajui DP2K3 selama ini wujud keputusan, pandangan mahupun tingkah laku yang mengguris perasaan semua, sambil berharap DP2K3 terus mengorak langkah kehadapan di bawah kepimpinan baru.
Sementara itu, Timb YDP PAS Kawasan yang juga ADUN Pasir Tumbuh, YB Ust Baihaki Atiqullah menarik perhatian semua dengan mengimbas semula sejarah kekejaman UMNO dalam sejarah politik tanahair.
Manakala Ust Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan dalam ucapan perasmiannya berbangga dengan pemuda PAS Kubang Kerian yang mempunyai ramai pelapis berkaliber yang bakal mewarisi kepimpinan dan perjuangan pimpinan sebelum ini. Beliau juga mahu pemuda menjadikan perjuangan PAS ini sebagai satu wadah yang berterusan ke arah menegakkan syiar islam dengan menjadikan sejarah kejatuhan kerajaan islam masa silam sebagai satu pengajaran berguna bagi memantapkan jemaah mahupun parti.
Ketua - Ust Zulkifli b Husain
Timb. Ketua - Ust Hafiz b. Musa
Naib Ketua - Ust Mat Bukhari b. Muhamad
AJK Yg Dipilih
1. Muzani b Mohamad
2. Ust Abd Fatah
3. Ust Ilias Ahmad
4. Ust Zahari b. Mohd Nor
5. Mohd Redwan b. Ilias
6. Nik Azhan
7. Kamaruzzaman
8. Khairul Anuar
Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz,
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan

KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK DP2K3 SESI 2009-2011
Ketua - Ust Zulkifli b Husain
Timb. Ketua - Ust Hafiz b. Musa
Naib Ketua - Ust Mat Bukhari b. Muhamad
AJK Yg Dipilih
1. Muzani b Mohamad
2. Ust Abd Fatah
3. Ust Ilias Ahmad
4. Ust Zahari b. Mohd Nor
5. Mohd Redwan b. Ilias
6. Nik Azhan
7. Kamaruzzaman
8. Khairul Anuar
Wallahua'lam
Wednesday, March 18, 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMUDA CAWANGAN
PEJABAT ADUN PASIR TUMBUH,
Jumaat, 13 March 2009
Jumaat, 13 March 2009
“Pemuda adalah tiang negara & agama, padanya digalas harapan masa hadapan”
Alhamdulillah, baru-baru ini bertempat di Pejabat Adun Pasir Tumbuh telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Pemuda PAS Cawangan dalam DUN tersebut.
Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Ketua Pemuda PAS DUN, Ust Abd Fattah dan kata-kata aluan daripada Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan, Ust Zulkifli Husin. Dalam ucapannya, beliau antara lain merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para pemuda yang menjadi pelapis perjuangan PAS dan terpilih untuk memikul amanah tersebut serta berharap agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada YB Ust Baihaki Atiqullah, ADUN Pasir Tumbuh. Beliau memetik sejarah perjuangan politik nabi SAW dan serta berharap para pemuda dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan baik. Sesungguhnya apa yang kita laksanakan di dunia ini akan disoal di akhirat kelak.

Turut hadir, Setiausaha DUN, Abe Kob, Naib KP kawasan, Ust Hafiz dan AJK pemuda PAS Kawasan. Acara kemuncaknya, kesemua hadirin dan jemputan telah dihidangkan dengan jamuan BBQ kambing.
Tuesday, July 29, 2008
PROGRAM ZIARAH MUHIBAH
PASIR TUMBUH, 29 Julai
Menziarahi orang sakit adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam. Namun begitu, dewasa ini ianya di abaikan, lebih-lebih lagi di kalangan generasi baru serta masyarakat bandar. Kalau pun ada, hanya melibatkan keluarga terdekat sahaja.
Menyedari hakikat ini perlu disuburkan kembali, maka seramai 10 orang AJK Dewan Pemuda PAS Kbg Kerian pada hari ini telah melakukan ziarah berkelompok dengan mengunjungi ayah kepada AJK pemuda kawasan, Sdr. Nik Azhan di Kg. Guntung, Pasir Tumbuh.
Ayah beliau, Nik Mohamad telah diserang penyakit strok sejak 1 bulan yang lalu. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Ketua Pemuda, Sdr Mohd Nuri Mat Yaacob. Sedikit sumbangan kewangan telah di hulurkan bagi meringankan bebanan keluarganya.
Wallaua'lam.

Monday, July 28, 2008
LAPORAN POLIS TERHADAP DATUK SERI MOHD TAJOL ROSLI
KOTA BHARU,
29 Julai 2008 (Selasa)
29 Julai 2008 (Selasa)
Dewan Pemuda PAS Kbg Kerian hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang juga merupakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali berkaitan dengan kenyataannya yang berunsur rasuah politik.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 3 petang tadi. Ketuanya, Mohamad Nuri Yaacob, 37 berkata, tawaran bekas Menteri Besar Perak itu boleh disifatkan sebagai satu bentuk rasuah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997.
"Dalam laporan akhbar hari ini Tajol dengan jelas menyebut Umno Perak mengajak PAS bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh di mana wakil PAS kekal menjadi Menteri Besar. Manakala jawatan Exco diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan''.
"Berdasarkan kepada kenyataan itu jelas menunjukkan terdapatnya unsur 'tawaran jawatan' yang boleh disifatkan sebagai satu rasuah yang menyalahi Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya kepada pemberita.
Sehubungan itu beliau meminta pihak polis menyiasat terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan akhbar yang menyiarkan laporan berkenaan.
Mohamad Nuri juga menyifatkan kenyataan itu seumpama orang yang sudah tersepit dan mengharapkan pertolongan orang lain. Katanya, tindakan itu juga turut membuktikan Umno Perak masih berhasrat untuk berkuasa walaupun sudah ditolak rakyat.
Hadir sama memberi sokongan kepada laporan polis itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Baharuddin Mohd Nor dan anggota jawatankuasanya.
Dalam kenyataannya semalam, UMNO Perak mengajak PAS bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil Pas akan terus kekal sebagai Menteri Besar.

BENARKAH UMNO TELAH BERJAYA?
- Berjaya menaikkan harga barang yang kian mendera rakyat
- Berjaya menggalakkan jenayah supaya terus subur
- Berjaya melahirkan pemimpin yang korup
- Berjaya menjadikan Malaysia lembik dan bacul dalam segenap hal
- Berjaya melantik PM yang suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak
- Berjaya membuatkan Khairy lebih berkuasa dari PM
- Berjaya menekan Kelantan, hanya kerana ianya diperintah pembangkang
- Berjaya mewujudkan ECER, untuk menyapu tanah rezab Melayu
- Berjaya meruntuhkan masjid dan surau, dengan alasan ada kaitan dengan pengganas
- Berjaya melariskan perniagaan , ajaran sesat dan politik
- Berjaya mencipta akta OSA & ISA, hadiah kepada rakyat yang berkata benar
- Berjaya membuatkan orang melayu tiada identiti, meniru orang lain dalam segenap segi
- Berjaya bina menara berkembar Petronas, tapi kontraktor dari Korea Selatan dan Jepun
Sunday, July 13, 2008
KEJOHANAN FUTSAL PARLIMEN KBG KERIAN
28 March 2008, Pasir TumbuhKejohanan Futsal Parlimen Kbg Kerian telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini di Gelanggang Futsal Real Seven, Pasir Tumbuh. Walaupun ianya pertama kali diadakan, namun penyertaannya amat menggalakkan daripada pasukan yang mewakili DUN masing-masing. Majlis bermula dengan taklimat ringkas pertandingan oleh pihak urusetia dan diikuti amanat oleh Ahli Parlimen Kbg Kerian, YB Salahuddin Ayub.
Seanyak 9 pasukan mengambil bahagian. Ianya terdiri dari 3 pasukan dari setiap DUN. Format pertandingan diadakan secara liga & di peringkat suku-akhir dan separuh-akhir pula diadakan secara kalah mati. Pasukan Binjai telah muncul juara pada kali ini. Kebanyakan pemain mempersembahkan skill permainan yang amat menarik. Pertandingan seperti ini juga memberi peluang kepada golongan muda berkenalan antara satu sama lain tanpa mengenepikan agenda parti.
Adalah diharap lebih banyak pertandingan seperti ini dapat diadakan lagi.
QIAMULLAIL AJK PEMUDA
21 Feb 2008, Masjid Kg Kedai Baru, Kbg Kerian
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kbg Kerian sekali lagi melalui Lajnah Tarbiyyahnya berjaya menganjurkan Program Qiamullail bulanan di Masjid Kg Kedai Baru, Kbg Kerian. Program tersebut telah melibatkan keseluruhan AJK DPP Kawasan dan Pemuda PAS Cawangan-cawangan.
Program berkenaan bermula pada jam 4.00 pagi dengan bacaan Al Quran berkumpulan. Seterusnya disusuli dengan solat tahajjud, solat hajat & witir secara berjemaah yang telah di pimpin oleh Ustaz Zulkifli Hussin, Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPP Kawasan yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda DPPKK.
Selepas solat subuh, beliau turut menyampaikan kuliah subuh kepada semua peserta.

Di dalam kuliahnya, beliau meminta ahli-ahli PAS terutamanya pemuda, supaya merapatkan hubungan dengan Allah disamping itu turut merapatkan hubungan dengan manusia. Ahli-ahli PAS juga diminta untuk terus memperjuangan Islam, kerana itu adalah asas kepada perjuangan PAS.
PAS, Menurutnya, bukan sahaja sebuah parti politik tetapi juga merupakan sebuah badan dakwah. Ahli-ahli juga diminta supaya tidak leka dengan amanah yang Allah telah beri dalam Pilihanraya Umum yang lepas.
Wallahua’lam

Tuesday, July 8, 2008
PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA
Dewan Madinatul Ilmi
Jumaat, 1 Februari 2008
Menyedari pilihanraya kian hampir, Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian hari ini mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi mengelak ahli-ahlinya mengamalkan budaya bekerja di saat akhir. Ketua Pemudanya, Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, mulai dari saat & detik ini jentera pemuda perlu bersiap sedia dari segenap segi bagi mengekalkan kerajaan Islam ini.
Beliau berkata, disamping itu juga, jentera di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang penting kerana selain mengenalpasti senarai pengundi, mereka juga mesti peka dengan isu-isu tempatan yang perlu diselesaikan segera sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah, ADUN Demit, Ust Mohd Daud Al Iraqi, ADUN Pasir Tumbuh, Ust Baihaki Hj Atiqullah dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Sdr Mohd Ridza Hj Zain. Pelancaran jentera pilihan raya itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang pemuda dari ketiga-tiga DUN. Sementara itu, Sdr Ridza dalam ucapan perasmiannya menyeru kepada semua pejuang agama Allah agar berganding bahu serta mengagih-agihkan kerja dengan sebaiknya untuk memenangi hati pengundi.
Simbolik kepada pelancaran Gerakkerja Jentera Pilihanraya itu juga, diagihkan kain lilit kepala dan gelang getah BERSIH kepada setiap Ketua Pemuda DUN. Program seterusnya diteruskan dengan bacaan ikrar taat setia & semangat juang yang dipimpin oleh Ust Abd Fatah, Ketua Pemuda Pasir Tumbuh. Jelas sekali perlaksanaan program ini telah berjaya menepati sasaran dan menampakkan semangat juang yang jitu dikalangan anak-anak muda dalam Parlimen Kubang Kerian.
Takbirr..

Tuesday, January 22, 2008
LANGKAH PERTAMA
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum..
ALhamdulillah.. Blog ini berjaya juga diwujudkan sebagai kesinambungan kepada laman DPPKK yang asal. Ianya juga merupakan satu langkah permulaan untuk mencatatkan segala pemikiran, aktiviti, idea pimpinan. Disamping itu juga segala kezaliman, kedurjanaan & kejahatan UMNO akan di selongkar satu-persatu.
Semua bahan-bahan berita dan bacaan lainnya yang didatangkan dari pelbagai sumber sebagai maklumat, khusus untuk memastikan bahawa para pembaca dapat mengetahui isu - isu semasa dari dalam dan luar negara.
Semua artikel yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendirian DPPKK kecuali ianya dinyatakan. Wallahu’alam

.jpg)
.jpg)