Friday, February 29, 2008

SIAPAKAH?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia adalah sementara.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah yang memiliki rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah yang memiliki rumah yang sempit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tuesday, January 22, 2008

SEMUANYA BOLEH..

Petikan artikel dari blog KP..

Peliknya di Malaysia, rakyat perlu menunggu-nunggu bila PM akan mendapat ilham untuk mengumumkan pembubaran parlimen, tidak seperti negara lain dimana ianya telah ditetapkan tarikhnya dalam perlembagaan negara. Semuanya boleh di Malaysia.

Akses media? usah mimpikan tentang akses media untuk pembangkang. Semuanya hanya milik BN. Hanya ucapan pemimpin kerajaan sahaja dibolehkan. Pemimpin pembangkang dilarang sama sekali menyatakan pendapat atau memberikan penerangan tentang dasar perjuangan mereka kepada rakyat

Apa yang pembangkang ada? hanya tenaga dan wang parti saja. Perlawanan ini mungkin dilihat tidak adil dan diadakan di atas padang yang tidak samarata. Bayangkan bagaimana penakutnya UMNO dan komponen di mana mereka menggunakan semua instrument kerajaan sebagai tenaga dan kekuatan untuk menghadapi pembangkang yang hanya keseorangan. Memang sah mereka pengecut… Sebab itulah bagi saya kemenangan yang diperolehi oleh BN walaupun besar adalah kemenangan yang tidak sah.

Semua itu tidak akan melemahkan semangat kita untuk terus berlawan dengan BN. Bagi kita, kita tetap menang khasnya menang dalam mempertahankan aqidah perjuangan. Harapan kita adalah balasan Allah dan keredhaanNya di hari pembalasan nanti. Teruskan perjuangan.

LANGKAH PERTAMA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum..

ALhamdulillah.. Blog ini berjaya juga diwujudkan sebagai kesinambungan kepada laman DPPKK yang asal. Ianya juga merupakan satu langkah permulaan untuk mencatatkan segala pemikiran, aktiviti, idea pimpinan. Disamping itu juga segala kezaliman, kedurjanaan & kejahatan UMNO akan di selongkar satu-persatu.

Semua bahan-bahan berita dan bacaan lainnya yang didatangkan dari pelbagai sumber sebagai maklumat, khusus untuk memastikan bahawa para pembaca dapat mengetahui isu - isu semasa dari dalam dan luar negara.

Semua artikel yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendirian DPPKK kecuali ianya dinyatakan. Wallahu’alam